Alhamdulillah semakin ramai anak-anak ISQ Gummy Booster dapat hasil yang cemerlang dalam pelajaran asbab semakin ramai ibu-bapa mulai sedar tentang kepentingan pemakanan sunnah 🙂

Anak rendah diri sebab tak pandai macam kawan-kawan lain?

Antara sebab anak rasa takut nak ke sekolah ialah kerana rasa rendah diri. Banyak sebab kenapa anak boleh rasa begitu. Antara sebab utama ialah pemakanan. Apa kaitannya?

Pemakanan yang kurang elok seperti jajan, makanan-makanan proses, yang mengandungi tinggi bahan MSG, dan makanan yang terlalu tinggi gula putih menyebabkan anak jadi mengantuk di dalam kelas.

 

 

Tenaga yang sepatutnya mereka perlukan untuk FOKUS, telah menurun sehingga akhirnya mereka tak dapat beri tumpuan yang baik di dalam kelas. Kesannya, mereka akan rasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan lain dapat jawab pertanyaan guru dengan baik…

Jangan biarkan berlarutan...

Bagi saya ini bukan isu yang boleh dipandang ringan oleh ibu-bapa. Kerana kesan ke atas anak-anak sebenarnya sangat dahsyat. Salah satu sebab remaja ponteng sekolah ialah kerana secara psikologi mereka rasa pelajaran bukan untuk mereka. 

Ketika mereka ponteng sekolah inilah akan bermulanya masalah sosial yang lebih berat seperti dadah, pergaulan bebas & seterusnya membuka kepada masalah-masalah yang lebih serius. Semoga anak-anak kita dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini…

Jauhi makanan syubhah & bantu anak amalkan makanan sunnah dari kecil.

Makanan sunnah semakin mula dikenali kehebatannya di zaman sekarang. Antaranya habbatussauda. Kajian pada tahun 2017 menunjukkan ia bagus untuk mengawal paras gula dalam darah. Habbatussauda juga menjadikan sakit kepala segan untuk muncul dan digunakan untuk melawan jangkitan kuman virus. Selain itu ia juga bagus untuk otak.

Begitu juga dengan makanan sunnah lain seperti madu dan saffron. Didalam kitab Tib Al Imam Ali, MS381 :

 

“Sesiapa yang mengambil Zafran tulen dan dicampurkan dengan Madu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”

Ini menunjukkan betapa hebat sebenarnya pemakanan sunnah yang patut dijadikan makanan buat anak-anak di awal usia berbanding jajan dan makanan-makanan berproses. Apatah lagi yang dibuat oleh non – Muslim yang boleh kita ragui kesuciannya.

 

Terlalu banyak dah makanan-makanan yang kita sangka dibuat oleh orang Islam. Namun sebaliknya, dihasilkan oleh non-Muslim. Makanan syubhah boleh menjadikan hati terhijab ya.

 

Bahkan dalam bab tasawuf, sekiranya kita membeli dengan non-muslim, penghujungnya mereka akan membesarkan tokong. Bahkan diantaranya menjadi penentang orang Islam itu sendiri. Hal ini kerana jiwa yang munafiq dan kufur semangnya tidak akan redha dengan jiwa yang berserah diri kepada yang Esa. 

 

Hal ini termasuklah sekiranya sifat munafiq itu sendiri ada dalam diri kita. Akan berlaku pergolakan di mana di dalam hati kita tidak menyukai untuk beribadah ataupun berbuat baik selaras dengan perintah Allah SWT…

Utamakan produk Muslim itu adalah pintu keberkatan buat anak-anak.

Namun, sekiranya kita membeli dengan orang Islam, meskipun mahal seringgit dua ringgit, bagi Kak Ana tiada masalah. Sebab, memang kita dah sedia maklum kredit term non-Muslim kadang-kadang lebih dari sebulan bahkan hingga setahun. Orang Islam pula kebiasaannya kredit term pula hanya sebulan hingga 3 bulan sahaja. Kadang-kadang nak rolling pun tak lepas. Bila peniaga Muslim punya harga mahal sikit, kita pula tinggalkan mereka. Bagi Kak Ana, kita perlu kuatkan #BMF !

 

 

Minta maaf ya Kak Ana berceloteh panjang. Apa kaitan semua ini dengan anak? 😀 Bila kita membeli produk orang Muslim, meskipun mahal sedikit, in shaa Allah bila mereka maju, in shaa Allah mereka akan gunakan duit tu untuk pergi menunaikan umrah dan haji. 

 

 

Mereka membesarkan Allah selagi mereka jaga perintah Allah. Doa mereka terhadap umat Islam sampai kepada kita. In shaa Allah keberkatan itu ada dan sentiasa mengalir kepada diri dan keluarga kita kan? In shaa Allah keberkatan inilah yang juga dapat membantu anak kita yang sedang membesar kan?

 

 

P/S: Utamakanlah makanan sunnah di rumah dan ambil beratlah soal perkara syubhah serta keberkatan. Kak Ana yakin dan percaya dengan izin Allah, apabila ibu bapa pandang serius perkara ini, anak-anak akan lebih berjaya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Aminnn.

 

 

P/S/S: Nak dapatkan Multivitamin sunnah ISQ Gummy Booster? Klik di sini untuk dapatkan info lanjut